>

Tuesday 29 November 2011

Bintang Sukan Dunia Yang Memeluk Islam

Muhammad Ali
Dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay, Jr. di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, 17 Januari 1942. Pada tahun 1999, Ali dianugerahi “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated.Pernah menjadi Juara Kelas Heavyweight sebanyak tiga kali dan memeluk Islam pada tahun 1975.
Kareem Abdul-Jabbar 


Dilahirkan di New York City, New York, 16 April 1947 umur dengan nama Ferdinand Lewis Alcindor, Jr.  merupakan  bekas pemain bola keranjang dari Amerika Syarikat.
Ia bermain untuk kelab UCLA, kemudian secara profesional untuk Milwaukee Bucks dan Los Angeles Lakers. Pernah menjadi bintang filem, di antaranya dalam filem Game of Death bersama Bruce Lee dan filem komedi Airplane!.
Michael Gerard Tyson
Michael Gerard Tyson alias Malik Abdul Aziz dilahirkan pada 30 Jun 1966, New York City, Amerika Syarikat adalah petinju profesional dan mantan juara kelas heavyweight.Memeluk Islam secara resmi, pada 1995, selepas dari penjara di Indiana, Mike Tyson mengumumkan telah memeluk agama Islam yang telah dipelajarinya selama di dalam penjara. Nama Muslim Tyson adalah Malik Abdul Aziz.
Kolo Toure


Pemain pertahanan Manchester City menyatakan keinginannya menjadi ‘role model’ kepada semua pemuda Islam di England.Mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya,begitu juga dengan adiknya Yaya Toure.
Sebenarnya ramai lagi permain di Eropah yang beragama Islam,dan satu fakta menarik ialah perlawanan antara Real Madrid vs Barcelona melibatkan 7 pemain beragama Islam.Arsenal pula paling ramai permain beragama Islam.

Nicolas Anelka



Nicolas Anelka dilahirkan di Versailles, Perancis,tahun 1979, memeluk agama Islam tahun 2004 dengan nama Islamnya Abdul Salam Bilal Anelka. Diyakini  Anelka memeluk agama Islam ini ketika dia bersama kelab Turki, Fenerbahce. 
Franck Ribery


Franck Ribery memeluk agama Islam sejak 2002 Memeluk Islam kerana berkahwin dengan isterinya yang berketurunan Algeria-Perancis.
Robin Van Persie 


Penyerang yang beraksi untuk Arsenal ini memeluk Islam kerana mengahwini isterinya, Bouchra yang beragama Islam.
Samir Nasri


Pemain Perancis & Arsenal ini datang dari keluarga yang memang sudah beragama Islam.

Karim Benzema


Berketurunan  Algeria-Kabyle dan bermain untuk Real Madrid.

 Thierry Henry


Walaupun tidak terang-terangan mengaku sebagai Muslim.Ramai percaya T.Henry telah mengikut jejak langkah Ribery untuk memeluk Islam.

 Mezut Ozil


Permata baru German dan bintang Real Madrid ini berasal dari Turki..Sudah menjadi kebiasaan, Ozil akan membaca doa sebelum perlawanan.

Lee Woon Jae


Penjaga gawang Korea Selatan ini begitu popular semasa World Cup.Memeluk Islam pada tahun 2004.Beliau bekas penganut Kristian.Satu-satunya permain Islam dalam pasukan Korea Selatan.

# SEMUGA RAMAI LAGI YANG AKAN MENGIKUTI JEJAK MEREKA#
Baca Seterusnya...

Sunday 27 November 2011

Bagaimana menurunkan berat badan secara sistematik ?

1. Kira dulu kalori sebelum makan
Kaedah pengiraan kalori makanan
Daily Energy Requirement = berat(kg) X 30 kalori
Contoh: berat seseorang 50kg.  Kiraannya ialah 50kg X 30 = 1500 kalori setiap hari.
Atau
Berat badan kali dengan 12 (untuk lelaki) atau 11 (untuk perempuan) campur 1/3 berat badan kali dengan jam aktif (tidak tidur).
Contoh:
150 paun X 12 = 1,800
Aktif 16 jam sehari; (150 paun X 1/3) X 16 jam = 800 (Kalori Aktiviti)
Kalori diperlukan = 1,800 + 800 = 2,600.

Note: 1 kilogram = 2.2 lbs.
Justeru lelaki yang berat 150 paun memerlukan kira-kira 2,600 kalori sehari.
Untuk menurunkan berat badan anda secara sistematik, anda perlu mengambil jumlah kalori yang kurang dari yang sepatutnya dan jangan mengambil jumlah kalori yang lebih dari yang sepatutnya anda ambil.
Bagaimana mengira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan makanan yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu hidangan itu bernilai 174 kalori

KANDUNGAN KALORI MAKANAN DI MALAYSIA
KUIH MUIH
BIL
JENIS
KALORI
1.
Kasui berkelapa parut (sekeping)
160
2.
Kuih lapis (sekeping)
130
3.
Bingka ubi (sekeping)
220
4.
Cekodok pisang (sebiji bersaiz sederhana)
180
5.
Popiah goreng (satu)
130
6.
Popiah basah (satu)
95
7.
Pisang goreng (satu)
170
8.
Kek biasa tanpa krim (sepotong)
87
9.
Karipap (sebiji)
130
10.
Sandwich sardin (sekeping)
70
11.
Bubur kacang (semangkuk)
100


LAUK PAUK

BIL
JENIS
KALORI
1.
Ikan kembung kari berkuah (seekor)
85
2.
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong)
142
3.
Ikan kembong goreng (seekor)
140
4.
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)
210
5.
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis)
130
6.
Ayam kari berkuah (sepotong)
250
7.
Ayam goreng (sepotong)
255
8.
Ayam tandoori (sepotong)
220
9.
Sambal udang (setengah cawan)
70
10.
Sambal sotong (setengah cawan)
55
11.
Telor goreng (sebiji)
110
12.
Tauhua goreng (sekeping)
110
13.
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan)
40


MAKANAN SEGERA

BIL
JENIS
KALORI
1.
Peha ayam goreng (satu)
130
2.
Nugget ayam (satu)
60
3.
Kentang lecek (satu tiub kecil)
90
4.
Sayur kobis hancur / Coleslaw (satu tiub)
75
5.
Burger keju (satu)
425
6.
Kentang goreng (satu kantung kecil)
405
7.
Sate ayam (secucuk)
35
8.
Pizza berkeju (sepotong)
240


MAKANAN RUTIN

BIL
JENIS
KALORI
1.
Nasi putih (satu setengah cawan)
260
2.
Nasi lemak bersambal (sepinggan)
400
3.
Nasi goreng bertelur (sepinggan)
635
4.
Nasi briyani berayam (sepinggan)
880
5.
Nasi minyak kosong (sepinggan)
445
6.
Nasi ayam kosong (sepinggan)
300
7.
Mee goreng kosong (sepinggan)
660
8.
Mee sup (semangkuk)
380
9.
Meehun goreng (semangkuk)
550
10.
Roti putih (2 keping)
156
11.
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping)
200
12.
Capati tanpa kuah (sekeping)
180
13.
Pau ayam (sebiji)
203
14.
Emping jagung kosong (secawan)
160


BUAH-BUAHAN

BIL
JENIS
KALORI
1.
Tembikai (sepotong)
20
2.
Betik (sepotong)
45
3.
Pisang emas (2 biji)
76
4.
Durian (5 ulas)
64
5.
Limau (sebiji)
42
6.
Jambu batu (sebiji)
110
7.
Nenas (sepotong)
59
8.
Epal (sebiji)
63
9.
Ciku (sebiji)
44
10.
Mangga (sebiji)
103


MINUMAN

BIL
JENIS
KALORI
1.
Minuman berkarbonat (1 tin-285g)
120
2.
Minuman kotak (250g)
105
3.
Susu tepung penuh krim (1 sudu makan)
33
4.
Susu tepung tanpa lemak (1 sudu makan)
25
5.
Aiskrim (2 skop)
390
6.
Susu pekat manis (1 sudu makan)
71
7.
Yogurt rendah lemak (1 cawan)
90
8.
Mentega (2 sudu teh)
75


JADUAL PEMAKANAN HARIAN DAN KANDUNGAN KALORI

MAKAN
JENIS
KALORI
Sarapan
Nasi lemak + Telur Mata Kerbau + Teh tarik
541
Minum Pagi Jam 10
Kuih karipap (3 biji) + Teh O
410
Makan Tengahari
Nasi (3 cawan) + Ayam kari + Dalca sayur + Air Tembikai
900
Minum Petang
Kopi susu + Popiah goreng (3 biji)
510
Makan Malam
Nasi (3 cawan) + Ikan tenggiri masak merah + Kangkung goreng belacan + Air Masak
682
JUMLAH
3043


JADUAL AKTIVITI MEMBAKAR KALORI

Kalori dibakar bergantung kepada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang. Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

BIL
AKTIVITI
KALORI DIBAKAR
1.
Menonton TV
40
2.
Berjalan pantas
300
3.
Bermain bola keranjang (agresif)
450
4.
Mengemas rumah
240
5.
Berkebun
320
6.
Bermain golf (bawa sendiri Club)
385
7.
Berbasikal statik
380
8.
Aerobik
405
9.
Ping pong
280
10
Sex
1000



Baca Seterusnya...
 

Design by Amanda @ Blogger Buster