>

Friday 18 November 2011

Tips Memilih Pasu Untuk Tanaman Hiasan Anda

Landskap di kawasan persekitaran kediaman akan mewujudkan keceriaan pada setiap ruang yang dhiasi dengan tanaman hiasan. Disebabkan ruang persekitaran kediaman adalah terhad, menanam tanaman hiasan dalam pasu menjadi pilihan yang terbaik. Sebelum anda memilih pasu untuk tanaman hiasan anda, anda perlu tahu serba sedikit tentang teknik-teknik tertentu dalam memilih pasu untuk tanaman hiasan anda supaya ia tidak membazir wang dan masa. Apa kata anda ikuti beberapa tips di bawah:

1.    Elak menggunakan pasu dengan permukaan sempit jika pokok memerlukan baja dan siraman yang kerap.Guna atau pilih pasu yang mempunyai permukaan yang lebar.

2.    Pasu seramik adalah pilihan terbaik untuk tanaman kerana dilengkapi beberapa lubang kecil membantu tanaman lebih subur dan cantik.

Pasu seramik dengan permukaan lebar

3.    Pasu plastik pula menyerap masuk pancaran matahari manakala pasu tanah liat menyerap air lebih cepat.Jika menggunakan pasu tanah liat yang baru,rendam pasu itu dalam air  semalaman untuk mengurangkan penyerapan air semasa disiram.


Pasu plastik

4.    Kombinasi pasu berwarna-warni dengan tekstur berbeza menyerlahkan visual pemandangan berbeza di laman.
5.    Pastikan pokok ditanam sesuai dengan pasu yang dipilih supaya proses pertumbuhannya lebih stabil. Pokok berakar serabut memerlukan pasu besar dan tinggi.Saiz pokok yang tidak sesuai dengan saiz pasu akan mencacatkan pemandangan.
6.    Jika kita sering mengubah hiasan laman, eloklah sekiranya memilih pasu daripada bahan plastik atau jenis pasu yang ringan. Ia lebih ringan berbanding pasu daripada jenis bahan yang lain.
7.    Pilih pasu yang mempunyai lubang saliran kerana akar pokok begitu sensitif. Ia tidak boleh terendam dalam air dalam jangka masa yang lama dan boleh menyebabkan penyakit ‘ reput akar ‘ disebabkan oleh kulat.
8.    Letakkan pasu pada batu bata supaya air dapat disalirkan keluar dengan mudah.
9.    Untuk menampakkan efek moden, padankan sekurang-kurangnya tiga saiz pasudan gaya tanaman bersama. Paduan warna dan gaya sederhana dapat dilihat dengan menjarakkan tanaman dalam pasu sepanjang tepi anjung atau tembok.

10. Bagi memperlihatkan gaya kasual pada tembikar, pilihlah tanaman hiasan yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza tetapi daripada jenis yang sama. Tanamlah bersama secara kelompok dan lihatlah variasi daripada tema yang terhasil.
11. Untuk mendapat sentuhan klasik, pilihlah pasu bercorak kosong. Kita sendiri boleh mencorak tembikar mengikut rekaan yang kita mahukan disamping mewarnakan mengikut citarasa sendiri.

Pasu kosong yang telah dicorak


No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster