>

Friday 11 November 2011

Kematian Tragis 6 bekas pemimpin dunia


1.Hitler
Sebelum kematiannya dia telah mencuba pil sianida ke atas anjing untuk memastikan ianya berkesan. Menyedari kekuasaannya hampir tamat berikutan kemaraan tentera Rusia, dia menembak dirinya dengan pistol Walther PPK. Isterinya Eva Braun yang baru dikahwini dua hari lepas memilih sianida untuk menamatkan riwayatnya sendiri.
Hitler menembak dirinya di kubu bawah tanah ruang bacaan di Berlin pukul 3.30 petang 30 April 1945. Mayat kedua-duanya dicurahkan patrol dan dibakar.
Hitler terkenal dengan pembunuhan bangsa Yahudi dan meninggalkan    kata-kata:
“Saya boleh menghapuskan semua bangsa yahudi ketika saya berkuasa, tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya bangsa yahudi dan mengapa saya membunuh mereka.”
- Adolf Hitler.
Persoalannya,adakah Hitler pernah mengkaji Al-Quran?


Mayat Hitler sebelum dibakar

2 .Nicolae Ceausescu.
Nicolae Ceausescu merupakan seorang diktator yang memerintah Romania. Dituduh melakukan pelbagai jenayah sperti mengumpulkan kekayaan secara haram dan pembunuhan beramai-ramai .Pada Krismas 1989 dalam perbicaraan singkat di Bucharest dia dan isterinya Elena berdiri ketakutan dalam kandang perbicaraan tentera dan dijatuhi hukuman mati dalam perbicaraan yang mengambil masa 90 minit saja dan atas permintaan mereka berdua dia ditembak oleh sepasukan penembak secara bersama-sama dengan isterinya.
Kedua-dua suami isteri itu diikat tangannya dari belakang dan ditembak dengan senapang automatik.



    Elena dan Nicolae Ceausescu di  tembak mati

3.Ion Antonescu
Merupakan seorang pemimpin zaman perang Romania dan dikatakan bertanggungjawab atas kematian lebih kurang 400 000 orang rakyatnya. Dihukum tembak bersama-sama pemimpin rejimnya pada 1 Jun 1946. Bagi memastikan kematiannya seorang pegawai tentera memijak kesemua mayat dan menembak beberapa kali lagi.


Mayat Ion Antonescu sejurus selepas ditembak

4.Mussolini
Benito Musolini cuba melarikan diri ke Switzerland bersama perempuan simpanannya Clara Petacci tetapi ditahan oleh tentera komunis. Dia ditembak di Mezeggra bersama-sama konvoi pengikutnya. Dia sempat bertempik pada pasukan penembak “ tembak dada saya “.
Setelah jatuh ke tanah selepas di tembak,seorang tentera menghampirinya dan menembak dadanya sekali lagi.Mayat Mussolini dan pengikutnya dibawa ke Milan dan diletakkan di stesyen minyak pada waktu malam. Di situ mayatnya dihina dan kepalanya hamper hancur dilempar batu oleh rakyat yang marah dengannya. Mayat-mayat itu digantung secara terbalik dengan pencangkuk daging untuk tatapan umum.


Mayat Musolini digantung bersama pengikutnya

5. Saddam Hussin
Ditangkap di dalam lubang bawah tanah di sebuah ladang tempat kelahirannya di Tikrit pada Disember 2003 oleh seorang komander tentera Amerika Syarikat yang menyifatkannya seperti ‘ seekor tikus ‘ .Lubang itu hanya mampu memuatkan tubuh badan Saddam sahaja dan dia diheret keluar tanpa melawan dan dalam keadaan daif.
Diburu selama 250 hari selepas kejatuhan kerajaannya dan dijatuhkan hukuman gantung oleh Tribunal Khas Iraq atas jenayah kemanusiaan. Dia digantung pada 30 Disember tanpa memakai penutup muka dan melaungkan Allahu Akbar sebelum digantung.



6. Muammar Ghadafi
Mantan Pemimpin Rakyat Libya Muamar Ghadafi akhirnya tewas ditembak oleh Tentera Revolusioner. Dikhabarkan, Ghadafi mati dipersembunyiannya setelah ditembusi beberapa  peluru di kepala dan kedua kakinya. Television Al Jazeera memberitakan bahawa setelah dinyatakan terbunuh, jenazah Ghadafi yang nyaris telanjang , diseret bagai bangkai haiwan tanpa rasa kemanusiaan. Kematian beliau pada usia 69 tahun pada  20 Oktober lalu dipercayai dipukul dan ditembak pada bahagian kepalanya oleh salah seorang daripada pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC).
Dari detik-detik kediamannya di Bab Al-Aziziya jatuh kepada pihak NTC hinggalah kepada kejatuhan Bani Walid dan Sirte, Muammar Ghadafi tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada memilih untuk mati sebagai syahid di negara kelahirannya ataupun bertindak sebagai pengecut dan mendapatkan suaka politik di negara luar.
Namun pada akhirnya, beliau tetap memilih penyelesaian pertama. Ternyata, Muammar Ghadafi tidak berganjak daripada pendirian asalnya bahawa beliau akan mati di bumi Libya.
Kematiannya menunjukkan pada dunia Barat bahawa tidak semua masyarakat Islam menghormati ajaran Islam. Ghadafi sepatutnya mendapat haknya sebagai penganut Islam iaitu mayatnya sepatutnya dikebumikan secara aturan Islam dan bukannya dipamerkan untuk menjadi bahan ketawa orang-orang bukan Islam.

Gambar di bawah menunjukkan hinanya bekas pemimpin Libya







Beratur untuk melihat mayat Muammar Ghadafi




No comments:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster