>

Saturday 19 November 2011

Teknik Menyediakan Medium Memasu

Pada artikel yang lepas saya telah berikan beberapa tips untuk memlilih pasu. Jika sudah memiliki pasu yang diinginkan, bagaimana pula untuk menyediakan medium (tanah) pemasuan agar pokok hiasan yang ditanam dalam pasu hidup subur dan segar? Berikut beberapa teknik atau cara menyediakan medium pemasuan :

1.Sediakan tanah loam. Tanah loam ialah lapisan tanah yang berada di atas sekali, biasanya bewarna hitam. Tanah ini telah diuraikan oleh mikroorganisma.Kedudukan tanah ini lebih kurang 0.5 meter pada aras tanah.

2.Sediakan bahan organik.  Penggunaan bahan organik penting bagi membantu menyerap air, selain menggemburkan tanah dan menggalakkan lagi perkembangan mikro organisme.

3.Sediakan pula pasir sungai.Pasir sungai  membantu pengudaraan dan saliran air.

4 Sediakan pula  baja asas. Baja asas pula baja yang dicampurkan sebelum penanaman yang terdiri daripada baja organik atau N:P:K 5:5:5, ‘Triple Super Phosphate’( TSP) untuk perkembangan sel terutama akar pokok.



Timbunan tanah loam,bahan organik dan pasir sungai

Langkah Mencampurkan Tanah

1.Sediakan peralatan  seperti baldi kecil, sudip dan skop.

2.Bahagikan medium itu kepada tiga bahagian tanah, dua bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir atau tujuh bahagian tanah loam, tiga bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir sungai.

3. Dengan menggunakan sudip, timbunkan lapisan mengikut urutan iaitu lapisan pertama atau bahagian bawah sekali ialah tanah loam diikuti bahan organik dan pasir sungai di bahagian atas sekali.

4. Seterusnya taburkan baja asas ke atas timbunan tadi.

5. Gaul campuran medium tadi hingga rata.

6. Kepal tanah, genggam kemudian lepaskan.  Andai tanah yang dilepaskan itu berderai,bermakna tanah itu campuran yang sangat bagus .

Tip

  Pada masa kini sukar mendapatkan tanah loam (tanah bahagian atas) yang baik. Sekiranya keadaan tanah adalah jenis tanah liat lebihkan nisbah pasir dan bahan organik bagi memperbaiki stuktur tanah.
Jika tanah berpasir atau terlalu peroi, tinggikan nisbah bahan organik  serta sedikit tanah loam.

Selamat mencuba.







1 comment:

Post a Comment

 

Design by Amanda @ Blogger Buster